Friday, 23 September 2011

MALAS

Malas. Yehh itulah perkataan yang sinonim buat insan yang bernama Farhana. MALAS hapdet blog, MALAS suruh org follow, MALAS buat sambungan episod raya suda abess....


Episod raya suda abess. Dengan ini fana menyusun segala jari jemari yang ada termasuk jari kaki memohon maaf kerana tak dapat nak buat sambungan raya suda abess berkenaan disebabkan oleh keadaan internet yg tdak mengizinkan atau lebih kepada MALAS sbenarnya. Yehh itu satu lagi bukti keMALASan yang melanda diri ini.


Dengan itu fana nak memohon maaf sekali lagi di atas sifat MALAS fana untuk menghapdet blog. Walaupun blog ni untuk suka suka je, tapi kalau ditinggalkan berhabuk, rimas jugak kan orang tengok. Tiba-tiba teringat pulak kata kata zt , 'dont be hot hot chicken @#$%^&*'. Dan nampaknya fana sedang menuju ke arah itu. Tula, orang buat blog die pun nak buat. Jadinya inilah yang berlaku. Tapi insyaAllah, fana akan teruskan jugak perjuangan ini..


If there's a will, there's a way right??


Akhir kata, selamat hari raya, maaf zahir dan batin =)


selamat hari raya !



anafarhana: nampak tak perkataan malas yang ada ???

Friday, 9 September 2011

raya suda abess

Raya sudah habis bagi fana. Tapi secara 'official' nya, ada lagi lebih kurang 23 hari lagi nak habis raya. Wah. Raya tahun ny? Agak menyeronokkan. Walaupun tak semua sedaremare pulang ke kampung halaman, tapi ok la. Asalkan raya. kann??


Kemeriahan raya? meemmang meriah. Dengan gelak dan tawa cucu cicit wak samian (my beloved atok). Tahun ny fana balik Johor. Boleh dikatakan seronok. Mana taknya, adikberadik mak je dah 11 orang. *i wonder camne nek ros (my beloved nenek) boleh mengeluarkan melahirkan sebegitu ramai anak. Walhal mak fana melahirkan 3 cahaya mata je. Wallahualam bisawab*  Ditambah dengan cucu atok yang berpuluhan tu. Heyy cek tak tipu nohh. Cicit atok je dah 20 lebeh. Wahh O.O (muka baru sedar). Kat bawah ni ada la sikit gambar raya ktorang. SIKIT je okee.



Pagi raya bersama ibuku. hehe



fana,macik,pacik,kazen,mak.

My two cute kazen.
Comey kan dyrg. Tgkla kazen dyrg. lalaa~

Nak berangkat ke rumah mangsa-mangsa duit raya sedare mare.

Pinpinn.... Mana satu saya? :)

Inilah saya. ngeh ngeh. sengal~

Rumah yg pertama. Nyumnyum byk kuih raya.

Hamboi, sopannya anak dara ny XDXD
ok perasan jap.



lalala~


baju yg terlampau *bling*.
serupa SARI. 

'Hasil' raya pertama :)

No purpose. Saje masokkan :)

My two gedik kazen :)

Anak dara + mak dara :D  




Choop! ny baru raya pertama. Raya kedua sat gi nohh. Ingatkan nak post je skali. Tapi masa mencemburui diriku ini. (Tulunnlah). Ngehngeh. Sehingga bertemu di 'laman' yang seterusnye. Akhir kata dari fana. SELAMAT HARI RAYA ! :)





anafarhana:Bersambung...

Saturday, 20 August 2011

TUJUAN puasa.

Assalamualaikum. Pejam tak pejam,celik tak celik, dah 19 hari kita berpuasa. Penuh tak puasa tu? (Soalan ny specific tuk kaum adam) Seperti yang 'sepatutnya', bulan puasa adalah bulan untuk me'nopupkan' perut pahala dan memupuk sikap sabar. Tulah tujuan sebenar kita berpuasa . Tapi kan,jarang nak jumpa orang yang berpuasa untuk menambah keredaan Allah di zaman yg serba moden ini kan. (apa kene mngena?)

Ada 3 tujuan makhluk manusia zaman moden ny berpuasa.(pada pandangan fana) Nak tahu? lets roll.




1. Sebab puasa ni kan wajib.
    Hamboi,puasa sebab wajib je. Cuba kalau puasa ny tak wajib, konfom 1/10 je manusia kat malaysia ny yang berpuasa pada bulan Ramadhan. btol tak? Btw,alsan ny agak bole diterima. Sekurang kurangnya hamba Allah ny tahu tanggungjawab dyrg. Better than sesetengah hamba Allah yg lain yg bwt2 bengong. Harap badan je dah baligh. Tp otak still 6 taon! (ceh nk mrah pehal). Ok, lets proceed to the next 'alasan'..





2.PUASA UNTUK RAYA
  Yang ny memang dah tahap kritikal. Blom puasa lg dah tanya bila nak raya. Nak lg hebat? ada yang dah siap2 tempah baju raya untuk 2 tahun raya punya sekali. Faham2 jelah maksud die. Tp ok la kan, nak bwt preparation awal2. Tade la nanti besok nak raya baju tak siap lagi. Hamboi mcm dah biasa je fana. Hehe memang ponn. Sepanjang 16 tahun fana hidup, ta penah siap baju raya awal. (blame my mother). Hee ampun makk.




3.Puasa untuk beribadah
   Haa yang ni baru tepat dan padat tujuan kita berpuasa. Time puasa ni lah nak cari pahala lebih. Yela,time puasa kan Allah double kan pahala. Time bulan puasa ni jugak Allah buka seluas luasnya pintu syurga untuk kita dan tutup serapat rapatnya pintu neraka daripada kita. Begitu hebat rahmat yang Allah bagi pada bulan ramadhan ni. Tapi sia sia jela kan rahmat tu kalau kita tak gunakan. Jadi, muhasabah la sket diri tu. Termasuk fana jugak. Buat ibadah lebih , tadarus ke, baca quran ke. (jap, ada beza ke dua2 ny). Papepon, jangan jadi macam ny haa









POWER rangers pon hilang POWER time puasa.

Aloloo. Syian dy penat.

Tak puasa pon penat ke??
                                                               
Errr no comment.
                                                                 
  Amboi.. Penat mengalahkan orang Somalia (penduduk yang kebuluran tak cukup makan). Nak tahu, time puasa ny la badan kita bertambah kuat. Rasulullah dulu berperang time bulan ramadhan chillex je. Tadela sampai nak mandi pon tak larat. Ceh fana, cakap macam kw tu tak penat je.

 Tak kira la macam mana cara pon kita penat di bulan yang memerlukan kesabaran ini, yang penting buat la ibadah sket2. Paling2 pon baca quran satu juzuk pon tape =).  (melampau la tu). Oleh itu, marilah kita sama2 muhasabah diri sendiri. Renung-renungkan, selamat beramal..





p/s: Selamat berpuasa kepada seluruh umat islam sedunia =)











Tuesday, 16 August 2011

selamat datang ke blog saya =)

Assalamualaikum.

Selamat dtg ke blog saya. Punyala payah nak buat benda alah ny. Penuh dugaan+cabaran yang tak berapa nak mencabar. Tapi setelah disokong dan dibantu oleh rakan rakanku yg sentiasa menyokong dan membantu, maka wujudlah blog yg tak seberapa ny tepat pada jam 1030 pagi. Ok dah tak tau nk ckap pe. Almaklumlah, baru start. K, series, kejap nk cari idea.

Setengah jam kemudian..

Kita kembali semula. Marilah kita bercerita sejenak pencetus rasa untuk men'cipta' blog ini. Almaklumlah, kenkawan sy sume ade blog mereka yg tersendiri. Maka timbullah rasa 'kengada-ngadaan' unutuk mewujudkan blog sndiri. Yela,asyik baca blog orang je. Nak jugak orang bace blog saya kan. (BEST sangat ke blog kau ny fana). K finee, tadela best, tp bese lah, naluri kemanusiaan tkkan pernah luput dari diri manusia. betol takk (btul3).

Sedikit perkenalan untuk permulaan. Walaupun yg akan membaca blog saya ny adalah kwan yg memang dah terlampau kenal diri ini. Tp,apa salahnye kan. Blog aku , sukati aku la (prangg). sperti yang anda semua tahu (tahu ke?), nama saya farhana. tp nama pnoh korg tau ke? haa tk tau kan. So, ny yg nk ckp ny. Nama pnoh saya ialah NURFARHANA BT. SAMSU BAHARI. Cehh mcm sdap sgt je nama tuh. Berlambak la nama tu kt dunia ny weyh. Memang la berlambak, tapi ad sorang je saya kt dunia ny btol tak. Wahh gitu. (ok,stop bluffing).

Umorq sy 16 taon. Lahir di Hospital Kuala Lumpur pada tarikh 18 12 1995. Tarikh keramat bagi sy.

Saya ny sdikit pendiam (skit je) +pemalu. Ceh charcter sume nk yg ayu je. Acctually tu baru sket je. Ade lagi. Saya ny pemalas+kuat makan+gelabah sket. Yg ny baru btol. Sdikit detail tntng rupa sy. Mata kecik. Hidung agk besar. Mulut kecik. Badan gempal2 yg sdap dibuat peluk (yakss). Untuk lbih memudahkan keadaan, korg tgok la sndri gmba ny.

Terengg! ini lah dye rupa yg tk seberapa ny.
peace peace no perang perang
Sebelum beredar, ada satu soalan yang tenggelam timbul di otak saya. Korang nk sy bahasakan diri sy saya or fana or kte or aku or apa yang terlintas kat fikiran korang?? Anda bolehlah mengundi nama ap yg saya patut pkai. Untuk mengundi, sila layari laman web commentbox di sebelah. anda digalakkan menggunakan bahasa yg sopan =) . Panjang huraian anda ikut sukahati korang sndiri. Selamat mengundi, assalamualaikum ..

anafarhana: maaf dipinta klau terover or bwt korang menyampah. sy hanya manusia biasa. tak lari dari kesilapan . =)